Pulau misteri jadi tumpuan penduduk di Penang?

 Pulau misteri jadi tumpuan penduduk di Penang?

PULAU PINANG: Jika merentasi jambatan Pulau Pinang, pernah tak anda perasaan mengenai kewujudan sebuah pulau kecil yang berdekatan dengan jambatan tersebut.

Bagi pengguna laluan jambatan Pulau Pinang yang pertama, lokasinya ialah sebelum menghampiri laluan penghujung jambatan berkenaan.

Pulau yang dimaksudkan adalah diberi nama Pulau Kazambo atau lebih dikenali sebagai Pulau Korea oleh penduduk tempatan.

Difahamkan, nama Pulau Kazambo bukanlah nama sebenar Pulau ini. Bahkan sehingga sekarang tiada lagi nama rasmi untuk Pulau ini. Ada yang memanggil dengan nama Pulau Korea ataupun beting korea.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu akan kewujudan pulau ini, kerana saiznya yang kecil berbanding Pulau Jerejak yang bersebelahan dengan Pulau Kazambo ini.

Sumber menyatakan Pulau ini terjadi oleh kerana perubahan arus ombak dan menurut sumber yang lain Pulau ini sebenarnya ditambak hasil lebihan tanah dari projek jambatan ini.

Difahamkan, pada mulanya Pulau ini hanya timbunan pasir (beting) kemudiannya tumbuh pokok kelapa dan pokok Rhu oleh anak pokok daripada benih yang hanyut.

Untuk maklumat yang belum mengetahui akan pulau ini, pulau ini terbina semasa Jambatan Pulau Pinang dibina,sekitar 1982-1985 dan menurut sumber yang kedua, pulau ini terbentuk sekitar 90an akibat pergerakan arus bawah laut yang terhalang.

Pulau Kazambo luasnya hampir sama padang bola. Pulau Kazambo bukan pulau terbiar.

Pernah menjadi salah satu aktiviti pelancongan dimana ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membuat program berkayak dan aktiviti perkhemahan di Pulau Kazambo.

Pulau Kazambo juga adalah salah satu inisiatif untuk masyarakat keluar berehat daripada kesesakan kota

Namun, yang menyedihkan bagi di Pulau Pinang, telah banyak penambakan “Pulau Baru” yang dibina untuk pembinaan rumah untuk penempatan baru kerana peningkatan penduduk di kawasan Georgetown.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  5