PTPTN serah 857 beg sekolah di Setiawangsa

 PTPTN serah 857 beg sekolah di Setiawangsa

Datuk Wan Saiful [kanan] bersama penduduk Setiawangsa

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan 857 beg sekolah kepada penduduk Setiawangsa di sini, semalam.

Bantuan disampaikan melalui Yayasan Bina Inisiatif BINA Bangsa (BINA) dan persatuan penduduk setempat itu merangkumi enam kawasan perumahan serta dua surau di Parlimen Setiawangsa.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, bantuan beg sekolah itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan ibu bapa serta memperkenalkan PTPTN kepada masyarakat.

“Seboleh mungkin, PTPTN ingin memberi bantuan yang lebih banyak tapi kita bagi setakat yang kita mampu bagi memastikan hubungan yang baik dengan masyarakat, persatuan penduduk dan pemimpin setempat,” katanya.

Katanya, program seperti itu juga dapat mempromosikan peranan PTPTN sebagai agensi penabungan kepada masyarakat serta mendedahkan mereka kepada produk penabungan yang ditawarkan PTPTN.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang, Zaini Amir berkata,  sumbangan beg sekolah kepada anak-anak barisan hadapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa.

“Dengan adanya program seperti ini, kami amat berterima kasih kepada Datuk Wan Saiful serta PTPTN kerana sudi membantu penduduk di Setiawangsa,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

93  −    =  91