• Thursday, 17 June 2021, 2:16 pm

PTPTN lancar saluran baru bayar pinjaman dan penabungan

 PTPTN lancar saluran baru bayar pinjaman dan penabungan

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2021 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam telah melancarkan saluran baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara dalam talian.

Empat saluran tersebut ialah Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY hasil kerjasama strategik PTPTN dengan penyedia saluran terlibat.

Menerusi kolaborasi ini, kemudahan saluran bayaran online ini adalah bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari dalam usaha mengurangkan rantaian Covid-19.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid

Pelancaran saluran ini telah disempurnakan oleh Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Facebook PTPTNOfficial.

Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kaedah bayaran secara online adalah alternatif terbaik bagi membantu masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan dapat menyimpan dalam SSPN secara konsisten tanpa perlu keluar rumah untuk ke kaunter PTPTN.

Pendekatan bayaran secara online ini juga adalah sebahagian usaha ke arah pendigitalan PTPTN secara menyeluruh bagi penyampaian perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (End to End).”

Sempena pelancaran saluran bayaran ini, PTPTN dengan kerjasama Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY turut menganjurkan Kempen ‘Click, Pay & Earn’ istimewa kepada semua pelanggan PTPTN.

Dengan konsep “siapa cepat dia dapat”, pengguna terawal yang menggunakan saluran ini berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan. Tempoh kempen ini bermula hari ini 25 Mei 2021 hingga 24 Jun 2021.

Menurut Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, “Kerjasama ini selaras dengan pelan Malaysia untuk mempercepatkan proses digitalisasi

Bagi Razwan Ikmal Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif BESTPay, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak PTPTN untuk Kempen Click, Pay & Earn. Dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, kami merasakan apa jua transaksi boleh dilakukan melalui telefon mudah alih di mana jua anda berada dan ianya mudah dan pantas.”

Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh promosi akan berpeluang menerima pemberian coins/ cashback dan tunai.

Saluran baharu yang dilancarkan ini telah boleh digunakan oleh pelanggan PTPTN dengan mudah, cepat dan selamat.

PTPTN berharap dengan adanya penambahan saluran bayaran secara online dan kempen yang dianjurkan akan menjadi pemudah cara dan menggalakkan pelanggan membuat bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN sekaligus dapat memperkasakan perkhidmatan PTPTN kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *