PTPTN bantu komuniti polis, rasmi rumah aktiviti

 PTPTN bantu komuniti polis, rasmi rumah aktiviti

Datuk Wan Saiful (dua dari kiri) bersama jawatankuasa Persatuan Penduduk Kelompok Kenanga

Oleh Iqhram Ahmad

 

KUALA LUMPUR, 26 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengadakan majlis berbuka puasa dan perasmian rumah aktiviti di Surau Nurul Salam, Kelompok Kenanga PDRM Keramat Wangsa, di sini kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN telah menyalurkan dana sebanyak RM12,500 bagi mengubah suai rumah aktiviti berkenaan supaya segala urusan dan aktiviti boleh dijalankan oleh persatuan penduduk.

“Saya harap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu merapatkan hubungan di kalangan komuniti selain memudahkan urusan aktiviti bagi penduduk sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Kelompok Kenanga, Yusuf Yaacob berkata, rumah aktiviti yang diubah suai itu mampu memberi manfaat kepada 298 keluarga yang menetap di situ.

“Rumah aktiviti ini akan digunakan bagi menganjurkan kelas tuisyen, kelas KAFA dan pengajian al-Quran.

“Selain itu, kelas memasak dan menjahit juga akan dibuat bagi memantapkan komuniti wanita di kawasan perumahan ini,” katanya kepada Wacana.my.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Bahagian Setiawangsa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Mohd Ikhmal Abu Bakar.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  1