• Monday, 21 June 2021, 3:40 am

PSM dibuang dari ASTAF, diberi masa 14 hari untuk merayu

 PSM dibuang dari ASTAF, diberi masa 14 hari untuk merayu

KUALA LUMPUR, 20 Mei  — Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini memutuskan untuk menbuang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada pertubuhan itu, serta merta.

Pengerusi Panel Displin ASTAF Yogender Singh Dahiya dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar pertuduhan yang dibuat oleh pendakwa yang dilantik ASTAF, yang diketuai oleh John Vasavan.

“Dengan penuh kesedihan, ASTAF terpaksa membuat keputusan sukar ini, tetapi ia terpaksa dilakukan demi kepentingan keseluruhan sukan sepak takraw, dan bagi menghantar satu peringatan kepada keluarga sukan yang lain, bahawa kelakuan tidak bertanggungjawab tidak seharusnya dibiarkan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kini PSM diberikan 14 hari untuk merayu terhadap pertuduhan dan hukuman tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan PSM dijatuhkan hukuman sebagai bersalah dan dibuang serta merta.

Jika PSM memutuskan untuk merayu, maka badan kebangsaan sepak takraw itu perlu menyediakan USD$2,000 (kira-kira RM8,290) sebagai yuran rayuan.

PSM didakwa atas surat yang dikeluarkan Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail bertarikh 24 Feb, yang dihantar atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF dan atas kedudukan ASTAF, kepada Lembaga Olimpik Asia (OCA) dan dihantar salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Yogender Singh berkata, PSM bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis yang diberikan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF pada 14 Mac 2008, iaitu: ‘untuk menyokong ISTAF dan ASTAF dalam mewujudkan dan mengekalkan pentadbiran persekutuan itu yang cekap.”

Pada 5 Mei, Ismail yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ telah digantung 15 tahun dalam semua peringkat aktiviti sepak takraw bermula 6 Mei oleh Panel Displin ASTAF.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *