PSAUM dakwa SPRM salah guna kuasa sembunyi bukti kes Najib, lapor polis, SPRM

 PSAUM dakwa SPRM salah guna kuasa sembunyi bukti kes Najib, lapor polis, SPRM

PUTRAJAYA 14 MEI 2018. Anggota keselamatan RELA melakukan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang keluar dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2022 – Rakyat mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujud pihak tertentu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyorok salah laku membabitkan dua tokoh individu supaya tidak digunakan sebagai tujuan pembelaan bagi kes mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSAUM), Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz, berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sudah pun membuat laporan terhadap polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu pada Sabtu, 22 Jan 2022.

Katanya, laporan itu dibuat selepas mendapati pendedahan bahawa beberapa pihak terutama agensi siasatan sedia maklum mengenai salah laku dua tokoh, bekas Gabenor negara, Tan Sri Zeti Aziz dan bekas menteri, Tan Sri Nor Mohd Yakcop, sejak 2019.

“PSAUM membuat laporan kepada polis dan SPRM supaya pihak berkuasa boleh menyiasat jika wujud sebarang usaha oleh pihak tertentu dalam kerajaan PH dahulu untuk menyorokkan salah laku kedua-dua tokoh di atas supaya ianya tidak dapat digunakan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan pembelaan kes mahkamah beliau.

“Pendedahan ini semua jelas menunjukkan bahawa Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan dan agensi siasatan utama negara telah mengetahui salah laku Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Nor Mohd Yakcop sejak tahun 2019,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, di sini.

Terdahulu, PSAUM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini

Sementara itu, mengulas lanjut katanya, pendedahan yang diterima antaranya, kenyataan SPRM berhubung dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dikaitkan dengan keluarga Zeti.

“Pada 19 Novermber 2021, negara terkejut dengan kenyataan rasmi SPRM bahawa wang berkaitan 1MDB berjumlah RM65 juta dalam akaun bank Datuk Tawfik Ayman yang juga suami Tan Sri Zeti telah dikembalikan oleh kerajaan Singapura.

“Beberapa hari kemudian, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Wan Junaidi mengesahkan dalam Dewan Rakyat bahawa pihak polis sudah mula menyiasat penerimaan wang oleh Datuk Tawfik dari Jho Low,” katanya.

Mengikut laporan The Edge, Tawfik mula terbabit dan menerima wang dari ahli perniagaan buruan, Taek Jho Low berjumlah RM700 juta termasuk US$153 juta dari akaun bank Good Star yang menerima sebanyak US$700 juta dari 1MDB.

“Lagi mengejutkan ialah kenyataan SPRM bertarikh 19 November itu juga menyatakan dana RM65 juta yang dikembalikan oleh kerajaan Singapura adalah dari akaun bank syarikat Cutting Edge Industries Sdn Bhd yang dimilik bersama oleh Tawfik dengan seorang warga Singapura bernama Samuel Goh,” katanya.

Katanya, Samuel Goh mengaku di mahkamah Singapura bahawa beliau dibayar US$4 juta untuk membuka beberapa syarikat luar pesisir pantai (off-shore company) bagi
menerima pindahan wang bernilai berbilion ringgit dari 1MDB termasuk syarikat Aabar
Investments BVI, pada 2016.

“Ini menimbulkan persoalan amat besar sebab rakan niaga Tawfik adalah pengasas syarikat-syarikat luar pesisir pantai yang menerima dan menggelapkan dana dari 1MDB manakala isteri Tawfik pula, Gabenor Bank Negara Malaysia pada masa itu yang meluluskan pindahan wang dari 1MDB ke syarikat luar negara.

Kemudian, Tan Sri Tommy Thomas juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan beliau sudah menyedarinya semasa beliau menjawat sebagai Peguam Negara bahawa Zeti dan suami memainkan peranan memudahkan Jho Low dalam skandal 1MDB.

“Namun Tommy berkata beliau tidak sempat mengambil tindakan terhadap Zeti atau suaminya
dengan alasan pihak SPRM belum selesaikan siasatan,” katanya.

Mendedahkan lagi, katanya, pada 5 Disember 2021, sebuah dokumen 14 muka surat dilampirkan dalam artikel portal Malaysia Today.

“Dokumen ini dikatakan adalah dari siasatan SPRM berkenaan 1MDB, Ambank, Zeti dan Nor Mohd Yakcop yang menyatakan, Nor Mohd Yakcop menerima dana berkaitan 1MDB yang disembunyikan dalam akaun proksi di Singapura.

Mengikut laporan media, dana 1MDB yang diterima oleh Nor Mohd Yakcop dikatakan berjumlah RM85 juta.

“Memandangkan Zeti dan Nor Mohd Yakcop memainkan peranan yang amat penting dalam kes SRC Najib serta disenaraikan sebagai saksi-saksi utama pendakwaan, rakyat mahu pengesahan sekiranya dokumen 14 muka surat itu adalah dari siasatan SPRM,” katanya.

Beliau juga sedia maklum bahawa Zeti yang menasihatkan Najib untuk membuka akaun atas nama peribadi Najib bagi menerima sumbangan dana dan juga diarahkan oleh Najib untuk memantau sebarang kemasukan dana dalam akaun bank berkenaan.

“Di sini didapati Zeti menggunakan kedudukan dan melakukan kesalahan salah guna kuasa mengikut Seksyen
23 Akta SPRM 2009 seperti Nor Mohd Yakcop selaku Menteri Ekonomi masa itu yang mengesyorkan penubuhan SRC serta membentangkan kertas Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan supaya syarikat SRC boleh meminjam dana sebanyak RM4 bilion dari KWAP,” katanya.

Pendedahan lain Syed Muhammad Aiman katanya, membabitkan pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil berjumlah RM3.6 juta.

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  6  =  3