Proses radikalisasi sebabkan minda tepu penyokong keganasan – PDRM

 Proses radikalisasi sebabkan minda tepu penyokong keganasan – PDRM

KUALA LUMPUR, 15 April — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan proses radikalisasi penyokong-penyokong kumpulan pengganas yang lazimnya dilalui mereka akan menyebabkan minda pihak terbabit tepu dengan hanya satu-satu tanggapan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman DCP Normah Ishak berkata pembentukan minda itu sama ada menganggap sesuatu perkara itu salah atau sebaliknya dalam kalangan penyokong terbabit.

“Namun lazimnya ia merupakan sesuatu tanggapan yang salah, jadi para penyokong ini minat dengan dakyah pengganas terutamanya tentang jihad dan mati syahid, sedangkan konsep jihad yang luas telah disempitkan hanya dengan mati syahid.

‚ÄúGolongan¬†ini pula mati syahid dengan cara hutang peribadi tidak dilangsaikan. Ada beberapa rakyat Malaysia yang sengaja mengambil¬†pinjaman peribadi dengan bank dengan niat¬†tidak mahu membayarnya¬†serta digunakan¬†sebagai dana untuk berhijrah ke Syria,‚ÄĚ katanya¬†kepada Bernama baru-baru ini.

Normah berkata dalam ajaran Islam, bab hutang telah dijelaskan secara terperinci tentang tatacara berhutang selain merekodkannya dengan saksi supaya sesiapa yang berhutang atau memberi hutang tidak menzalimi antara satu sama lain.

‚ÄúPenekanan dalam Al-Quran ini begitu signifikan sehingga jika berhutang, mati syahid pun menjadi¬†batal dan tidak sah.¬†Saya¬†bersimpati kepada golongan malang ini kerana pemikiran mereka yang beku¬†serta¬†mempunyai tanggapan yang sesat,‚ÄĚ katanya.

Beliau berkata proses radikalisasi boleh berlaku kepada sesiapa saja dan dalam kes yang lebih ringan, ia boleh merujuk kepada golongan malang lain seperti golongan antivaksin.

Ditanya mengenai cara penyokong keganasan ini boleh direkrut, Normah berkata perkara itu dibuat menerusi pemanfaatan teknologi serba moden kini dengan maklumat dan hiburan hanya berada di hujung jari dan hampir setiap orang mempunyai telefon pintar yang kini menjadi sebahagian daripada mereka.

“Ia diumpamakan¬†jika paru-paru¬†berair yang kemudiannya akan membawa kepada¬†masalah sesak nafas kepada¬†penghidapnya,‚ÄĚ katanya.

Normah berkata sekiranya telefon bimbit tidak berada di tangan, penggunanya akan menjadi resah gelisah dan ini menunjukkan betapa dekatnya mereka dengan telefon pintar ini yang mana rakyat Malaysia dilaporkan antara yang tertinggi jumlahnya melayari laman

‚ÄúKetika seronok¬†melayari¬†secara tidak sedar¬†perekrut juga sedang memantau¬†selain membuka ¬†ruang¬†berinteraksi sesama mereka. Di situ akan bermula satu¬†prosess ‚Äėsocial engineering‚Äô¬†yang membentuk kepercayaan secara tipu daya dan akhirnya terjerumus dengan dakyah dicanang, sekali gus¬†terus menjadi pengikut setia kumpulan pengganas yang terbabit,‚ÄĚ katanya.

Menurutnya, proses terbabit merupakan satu metodologi¬†lazimnya digunakan¬†oleh¬†anggota sindiket ‚ÄėLove Scam‚Äô, ‚ÄėMacau Scam‚Äô¬†dan lain-lain bentuk penipuan yang akhirnya direalisasikan oleh mangsa sendiri secara sukarela.

Beliau berkata hal itu dirujuk¬†sebagai¬†‚Äėonline radicalization through recruitment‚Äô (pengambilan melalui¬†radikalisasi dalam talian)¬†selain terdapat juga yang terlalu gemar dan taksub kepada isu-isu tertentu seperti kisah akhir zaman, kisah Imam Mahadi, pemuda dari Khurasan dan seumpamanya.

Normah berkata mereka kemudiannya menjadi ketagih kepada isu-isu ini sehingga saban hari membaca dan menelaah bahan-bahan berkaitan tanpa henti.

Beliau berkata secara perlahan-lahan minda mereka membentuk satu fahaman ekstrem yang sukar berpatah balik, menjadi tegar dengan fahaman tersebut dan situasi itu dikatakan¬†¬†‚Äėonline¬†self-radicalization‚Äô iaitu menjadi radikal secara kendiri di atas talian.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14  −  12  =