Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula esok

 Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula esok

Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula esok – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula esok, 6 Sept .

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk bayaran BKC.

” BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang menfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya dalam sebuah kenyataan di Facebook hari ini.

Tambahnya lagi, beliau berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menurut Ismail, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

” Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −    =  81