• Friday, 18 June 2021, 2:15 am

Promosi ganja percuma kepada penerima vaksin

 Promosi ganja percuma kepada penerima vaksin

Foto kredit Washington Post

WASHINGTON, 10 Jun – Bagi melajukan proses vaksinasi selain melawan stigma masyarakat mengenai vaksin COVID-19, kerajaan negeri Washington di Amerika Syarikat (AS) terpaksa menggunakan kelebihan tersendiri bagi menarik minat penduduknya untuk menerima vaksin tersebut.

Memetik dari laporan Forbes, negeri Washington baru-baru ini telah mengumumkan sebuah inisiatif ‘Joints for Jab’ di mana mereka yang sudah mendapatkan vaksin COVID-19 akan diberikan ganja percuma.

Menurut Lembaga Minuman Keras dan Ganja (LCB) dalam satu kenyataaan pada hari Isnin berkata bahawa mereka membenarkan semua peruncit untuk mengambil bahagian dalam promosi ‘Joints for Jab’, di mana sesiapa sahaja yang sudah mendapatkan suntikan vaksin di klinik sekitar negeri Washington dapat menebus ganja percuma.

Menurut LCB, inisiatif berkenaan merupakan langkah keduanya untuk mempromosikan vaksin COVID-19 setelah pemberian minuman berakhohol percuma bulan lalu.

“Promosi yang berlangsung sehingga 12 Julai itu hanya membenarkan pemberian percuma ganja dan tidak melibatkan sebarang makanan yang dicampur dengan tumbuhan itu.

“Usaha kreatif pemberian ganja percuma ini hadir ditengah-tengah krisis di mana suntikan vaksin di AS semakin perlahan dan wujud golongan-golongan yang takut serta tidak percaya dengan keberkesanan vaksin COVID-19,” kata LCB dalam kenyataan rasmi.

Selain memberikan ganja percuma, difahamkan negeri-negeri lain di sekitar AS turut menawarkan hadiah loteri bagi mempromosikan suntikan vaksin. Washington, Maryland dan Ohio adalah antara negeri yang menawarkan hadiah loteri sebanyak USD$250,000 untuk menarik minat orang ramai terhadap vaksin.

“Walaupun inisiatif memberi ganja percuma untuk suntikan vaksin ini bukanlah kali pertama dilakukan di AS, hasilnya boleh dilihat apabila makin ramai orang khususnya di negeri yang membenarkan penggunaan tumbuhan berkenaan, berdaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19,” tambah LCB.

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 51 peratus penduduk negeri Washington telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, berbanding dengan 51.6 peratus daripada jumlah penduduk AS yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, jauh dari misi Presiden Joe Biden yang mensasarkan 70 peratus penduduk menerima suntikan dos pertama sebelum 4 Julai.

Biden minggu lalu mendesak semua rakyat Amerika untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 selain mengumumkan inisiatif baru termasuk menawarkan perkhidmatan penjagaan anak buat ibu bapa dan perkhidmatan percuma Uber dan Lyft ke tempat temu janji suntikan vaksin COVID-19.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *