• Sunday, 20 June 2021, 1:52 pm

#WAAW: Projek ‘suka-suka’ Mimi Fly dan Awi Rafael

 #WAAW: Projek ‘suka-suka’ Mimi Fly dan Awi Rafael

PETALING JAYA : Penyanyi, Mimi Fly tampil dengan single berjudul No Corona yang tercetus akibat penularan virus COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu.

Mimi memasukkan bahagian rap bagi menjadikan lagu No Corona senang ditangkap di telinga

Mimi berkata, No Corona turut tertindak sebagai luahan daripada golongan yang terkesan dengan isu semasa dan dilemma bergelut melawan COVID-19.

Mimi atau nama penuh, Shamimi Amalina Norhisham, berkata kolaborasi itu tercetus sekitar Februari lalu ketika dia berkunjung ke studio milik rakannya, Awi Rafael.

“Secara santai Awi bagi saya mendengar demo lagu baharunya, tidak sangka pula lagu diperdengarkan, sedap dilayan dan memberikan kami idea untuk bekerjasama.

“Lantas Awi mengajak saya melengkapkan demo lagu itu. Sebenarnya, ini bermula dengan projek ‘suka-suka’ yang kemudian menjadi sesuatu istimewa.

“Saya memasukkan bahagian rap bagi menjadikan lagu No Corona senang ditangkap di telinga,” kata Mimi.

Selain Awi dan Mimi, No Corona turut  turut menampilkan Tiz Zaqyah dan Ning Baizura. Dua bakat baharu Mya Herry, Purnama dan Nayli Azmi juga turut terlibat sama.

“Kebetulan, saya bersantai bersama rakan artis, Tiz Zaqyah yang juga boleh menyanyi. Apabila cadangan itu disuarakan kepadanya, dia bersetuju dan saya membawa Tiz berjumpa Awi.

“Awi beritahu dia turut mengajak Ning Baizura dan artis naungan Newsantara miliknya. Lalu terhasillah projek kolaborasi kami ini,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *