• Thursday, 17 June 2021, 1:24 pm

#WAAW: Program TV juri 50 orang, masjid hanya 12 orang? – netizen

 #WAAW: Program TV juri 50 orang, masjid hanya 12 orang? – netizen

PETALING JAYA : “Macam mana rancangan ini boleh lepas sampai 50 orang juri? Sedangkan solat Jumaat boleh 12 orang,” itulah luahan tak puas hati seorang netizen berhubung konsep rancangan terbitan Astro iaitu All Together Now Malaysia (ATNMY).

Seperti yang semua ketahui negara kita sedang mengalami kes kumulatif jangkitan wabak COVID-19 yang berada di tahap membimbangkan. Sudah pastinya perkara ini membimbangkan orang ramai yang ketika ini patuh menjalani total lockdown yang dilaksanakan bermula 1 Jun yang lalu.

Perkara ini mendapat perhatian seorang penyanyi rap, Caprice.

“Saya menerima banyak kiriman berhubung isu ini, ia membuatkan saya perlu bersuara. Ramai netizen mempersoalkan bagaimana program televisyen boleh ada 50 orang juri tetapi jemaah hanya ada 12 orang saja.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik video di Instagram memberi cadangan rentetan permintaan warga net berhubung sebuah program tv yang membabitkan 50 orang juri.

Apa yang tidak diketahui ramai adalah program ini menjalani rakaman bermula 3 Mac sehingga 11 April mengikut garis panduan yang ditetapkan semasa perlaksaan Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malah, semuanya telah dipatuhi sepanjang tempoh rakaman berjalan. 

“Apa yang saya tahu, setiap selebriti dan krew produksi yang terlibat perlu melakukan ‘swab test’ terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk dewan. Apabila keputusan negatif, baru mereka boleh memulakan penggambaran.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bekerjasama mencari inisiatif untuk beribadat dalam norma baharu.

“Kita sebagai negara Islam perlu mencari inisiatif untuk beribadat dengan norma baharu kerana pada pendapat saya, sampai bila kita hendak menunggu hingga kes ke angka 1,” kata Caprice.

Antara juri All Together Now Malaysia adalah seperti Datuk AC Mizal, Siti Nordiana, Zizan Razak, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique, Liza Hanim, Kaka Azraff, Sissy Iman, Syamel dan ramai lagi.

ATNMY adalah program realiti yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *