• Sunday, 20 June 2021, 11:59 am

Program Rintis Vaksinasi Bergerak bantu golongan OKU, warga emas divaksin segera – Rina

 Program Rintis Vaksinasi Bergerak bantu golongan OKU, warga emas divaksin segera – Rina

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (tengah) beramah mesra bersama bakal penerima vaksin hadir di Program Rintis Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Flat PKNS Sungai Baru semalam. Kredit Gambar dari Facebook KPWKM

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik Program Rintis Vaksinasi Bergerak MYMedic@Wilayah yang diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, projek berkenaan merupakan satu usaha untuk membantu penduduk, terutamanya golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas yang menghadapi kesukaran mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Wilayah dan semua yang terlibat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) membantu menyemak status MySejahtera seorang bakal penerima vaksin hadir di Program Rintis Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Flat PKNS Sungai Baru semalam. Kredit Gambar dari Facebook KPWKM

 

“Sebagai satu projek yang pertama di Kampung Baru ia satu usaha untuk membantu penduduk di kawasan parlimen ini bagi mendapatkan vaksin secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada  sidang media selepas meninjau proses pemberian vaksin di Kampung Baru, semalam.

Program Rintis Vaksinasi Bergerak MYMedic@Wilayah yang bermula sejak 7 Jun lalu merupakan usaha hasil kerjasama KWP bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutan (YWP).

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *