Program Mentor mampu atasi masalah rasa janggal kembali bekerja

 Program Mentor mampu atasi masalah rasa janggal kembali bekerja

Majoriti pekerja kini sudah biasa menyelesaikan tugas bukan di tempat kerja. Foto – Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Program mentor diantara pekerja yang sudah serasi dengan proses kembali ke tempat kerja secara fizikal dan pekerja yang baru kembali ke tempat kerja pasca COVID-19  dapat mengurangkan rasa janggal dan tersisih pada pekerja yang baru kembali itu.

Majikan disaran menyediakan program mentor dan melantik seorang Mentor untuk pekerja yang baru kembali ke tempat kerja.

Profesor Madya Ts Dr Mohamad Fahmi Bin Hussin (UiTM) berpendapat, dengan menyediakan seorang Mentor di setiap jabatan atau unit untuk menyambut pekerja pada hari pertama mereka di tempat kerja pastinya akan membawa senyuman dan mengurangkan tekanan pada hari atau minggu pertama.

“Sebuah agensi kepimpinan NHS menyatakan bahawa perogram mentor dapat memastikan penasihatan yang betul, sokongan yang berkesan, perkongsian penyelesaian masalah dan peningkatan keyakinan kepada individu yang dibimbing,” katanya kepada Wacana.my.

Menurut beliau ,tidak ada yang lebih seronok daripada wajah ramah yang menyambut pekerja kembali.

“Bawa mereka melawat ruang pejabat dan anggaplah pekerja ini tidak tahu di mana untuk mencari bilik kerja, bilik air, pantri, bilik rehat dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar mereka memulakan dengan perjumpaan pagi.

“Ketika pekerja memasuki tempat kerja untuk pertama kalinya selepas beberapa bulan, rancang untuk menyambut mereka dengan jamuan ringkas atau sekurang-kurangnya minuman panas,” katanya.

Gunakan beberapa minit pertama untuk kunjungan sosial rakan sekerja.

Tambah beliau, tidak rugi juga untuk majikan menyajikan mentor dan pekerja yang baru kembali ke pejabat makanan tengah hari di restoran atau di tempat kerja mengikut menu kesukaan masing-masing.

Setelah bekerja lebih setahun di rumah, pekerja semestinya akan menghargai peluang untuk berkumpul bersama rakan sekerja sambil dibimbing oleh mentor mereka.

Kepimpinan organisasi dan rakan sekerja lain juga harus berusaha dalam memastikan pekerja yang dibimbing memiliki semua yang mereka perlukan di tempat kerja mereka.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *