Program Kesukarelawaan Pasca Banjir Masih Dibuka

 Program Kesukarelawaan Pasca Banjir Masih Dibuka

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR – Berikutan tular di media sosial berkaitan pelaksanaan program pasca banjir di Kampung Bangi Lama daerah Hulu Langat maka pihak kami ingin membuat penjelasan berkaitan perkara berikut.

Pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor telah melaksanakan program Sukarelawan pasca banjir di Kampung Bangi Lama bersama Majlis Belia Negeri Selangor pada 20 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021. Ia berikutan lawatan mengejut YB. Menteri Belia Dan Sukan pada 19 Disember 2021 jam 9.00 malam di lokasi banjir dan pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Pada hari pertama program (20 Disember 2021 ) program sukarelawan pasca banjir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah disertai oleh 126 sukarelawan belia yang terdiri dari sukarelawan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Langat, sukarelawan dari Majlis Belia Negeri Selangor, barisan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan belia – belia tempatan dari kampung setempat. Malahan program ini turut disertai oleh Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor sendiri ( Saudara Shafik Ridzwan Jamaluddin ) Dalam usaha memantapkan proses pembersihan pihak JBS telah menyewakan 3 unit roro bin, penyapu, peyodok air, dan water jet bagi kegunaan sukarelawan.

Pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor menyeru kepada semua pihak agar tidak menjadikan usaha membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir ini satu perkara yang negatif yang boleh memberi kesan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan. Ini kerana usaha seumpama ini bukan sahaja dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan malahan dapat mendidik anak muda kita menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan menjadi seorang pemimpin yang lebih cintakan negara.

Pihak jabatan menyeru agar semua pihak menyokong program – program seumpama ini demi melahirkan satu keluarga Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan tanah air. Kita juga mengharapkan agar isu ini tidak mematahkan semangat anak muda kita untuk terus menyertai program kesukarelawan dan sentiasa ingin membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yang berminat untuk menyertai program kesukarelawaan seperti ini boleh menghubungi pihak jabatan belia dan sukan negeri Selangor atau layari www.kbs.gov.my

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

91  −  83  =