Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan usaha vaksinasi terbesar dalam negara – Muhyiddin

 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan usaha vaksinasi terbesar dalam negara – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia dengan ‘roll out’ pelaksanaannya akan bermula hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu disasar akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

“Vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19. Kerajaan telah berjaya menempah vaksin COVID-19 dengan penghantaran pertama bekalan vaksin dijadualkan tiba di negara kita bulan ini. 

“Penghantaran pertama vaksin COVID-19 ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen serta platform media sosial hari ini.

Muhyiddin berkata program imunisasi ini akan melibatkan tiga fasa, dengan fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan. 

— BERNAMA

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

93  −    =  92