PRN Sarawak tidak laksana Undi 18, daftar pengundi automatik

 PRN Sarawak tidak laksana Undi 18, daftar pengundi automatik

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Kelayakan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ini bermakna pengundi berumur 18 tahun di Sarawak masih tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 18 Disember ini walaupun telah diwartakan.

Katanya, walaupun Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengurangkan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun diwartawakan pada 25 November dan berkuatkuasa tiga hari sebelum PRN Sarawak, tarikh pelaksanaan adalah bermula Januari tahun hadapan.

“Perwartaan hanyalah satu proses untuk melaksanakan Undi 18 adalah menjelang Januari tahun hadapan, Ia tidak bermakna boleh dilaksana pada PRN Sarawak pada 18 Disember.

Justeru, Wan Junaidi berharap isu berkenaan tidak dipolitikkan.

“Tiada desakan dari mana-mana pihak dalam isu ini.

“Malah, Sarawak semenangnya sudah bersedia untuk menerima pengudi-pengundi muda ini,” katanya

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1