PRN Sarawak: Saya sudah tiada hubungan dengan Bersatu – Ricky Enteri

 PRN Sarawak: Saya sudah tiada hubungan dengan Bersatu – Ricky Enteri

Calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri Bawang Assan, Ricky Enteri

[S[IBU, 8 Dis — Calon bebas yang bertanding bagi kerusi DUN Bawang Assan pada Pilihan Raya Sarawak ke-12 telah menafikan beliau masih ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ricky Enteri, 30, berkata beliau telah lama terputus hubungan dengan parti itu dan tiada cawangan parti yang berdaftar atau ditubuhkan di kawasan DUN yang ditandinginya.

Jadi Ricky berkata pertikaian sama ada beliau masih bersama Bersatu atau sebaliknya bukanlahsatu isu.

“Sebelum ini, saya adalah seorang aktivis dengan Bersatu. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang pelantikan rasmi atau dokumen hitam putih untuk membuktikan bahawa saya pernah memegang sebarang jawatan (dalam Bersatu) di peringkat cawangan.

“Selain itu, saya tidak pernah menerima sebarang panggilan daripada orang dalam Bersatu sejak beberapa bulan lalu. Oleh itu, saya beranggapan bahawa parti telah memutuskan hubungan mereka dengan saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui berminat untuk menyertai Bersatu pada 2018 dengan harapan parti itu dapat memperbaiki kehidupan rakyat di Bawang Assan, terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang didakwanya tidak mempunyai akses kepada kemudahan infrastruktur yang baik.

“Pada masa itu, Bersatu membentuk Kerajaan Persekutuan dan saya berharap masalah yang dihadapi oleh rakyat di sini (di Bawang Assan) akan mendapat perhatian pemimpin ketika itu.

“Walau bagaimanapun, tiada perubahan berlaku dan kawasan kami di Pasai Siong, yang terletak dalam kawasan Bawang Assan, masih diabaikan.

“Atas sebab itu saya memutuskan untuk menawarkan diri saya sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ini dan bertanding sebagai calon bebas,” katanya.

Ricky Enteri mahu melakukan perubahan di kawasan beliau terutamanya di luar bandar.

Katanya, di DUN Bawang Assan masih terdapat kawasan yang belum ada bekalan air bersih dan kemudahan jalan raya.Jelasnya, ia adalah inisiatif yang akan dibawa jika beliau menjadi wakil rakyat nanti.

Ricky akan menghadapi saingan sengit lima penjuru dengan menentang empat calon lain termasuk Presiden Parti Sarawak Bersatu Datuk Seri Wong Soon Koh, yangmenyandang kerusi DUN itu sejak 1991.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +    =  12