PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi awal 89 peratus – SPR

 PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi awal 89 peratus – SPR

KUCHING, 15 Dis — Sebanyak 89 peratus atau 18,141 individu telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 pada Selasa. 

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan, berkata jumlah pengundi itu terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.

“SPR mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR,” katanya.

Pengundian awal telah dijalankan di 85 pusat pengundian awal, melibatkan 111 saluran pengundian, dari 7.30 pagi hingga 5 petang.

SPR menetapkan pilihan raya Sarawak diadakan Sabtu 18 Disember ini. 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  +    =  52