PRN Sarawak: Parti komponen PH guna logo sendiri

 PRN Sarawak: Parti komponen PH guna logo sendiri

KUCHING, 26 Nov — Tiga parti komponen Pakatan Harapan di Sarawak membuat keputusan untuk menggunakan logo parti masing-masing pada PRN Sarawak 18 Disember nanti.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pimpinan PH Sarawak pada petang Khamis malah tiga parti itu akan memilih calon mereka sendiri untuk pilihan raya negeri.

Chien Jen berkata tiada perubahan dalam peruntukan kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti, malah strategi pilihan raya telah dibincangkan.

“Peruntukan kerusi antara ketiga-tiga parti itu sudah lama dicapai,

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Kota Sentosa dalam pilihan raya itu, Chieng Jen berkata beliau akan memaklumkan bila tiba masanya.

Hari Penamaan Calon bagi PRN Sarawak telah ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember dan hari mengundi pada 18 Disember.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *