Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
PRN Sarawak: GPS akan terus bekerja sepanjang masa – Rahman Junaidi

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
KUCHING, 25 Nov — Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Dis ini kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Menurut Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya dilaksanakan semasa musim pilihan raya sebaliknya berterusan dan sepanjang masa.
“Tarikh sudah diumumkan dan kita akan terus bekerja sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan 6 Dis ini sebagai hari penamaan calon dan 18 Dis hari pengundian.