PRN MELAKA: Tiga kerusi di Alor Gajah milik PN – Pak Wan

 PRN MELAKA: Tiga kerusi di Alor Gajah milik PN – Pak Wan

ALOR GAJAH, 9 Nov — Tiga kerusi di Alor Gajah DUN Rembia, DUN Asahan dan DUN Machap pasti milik Perikatan Nasional.

Berikut pendapat Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof yang menyatakan keyakinannya terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dapat memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu.

“Saya boleh meramalkan di Alor Gajah, kita akan mendapat kemenangan tiga kerusi DUN. Ini bukan spekulasi tapi atas dapatkan data tapi terpulang kepada hari mengundi berapa ramai yang keluar mengundi oleh kerana kita menyantuni masyarakat Alor Gajah dan ramai yang tertarik.

“Semalam, ada ratusan orang UMNO akan berhijrah kepada PN dan mereka akan serahkan borang keahlian kerana ada rakyat yang sudah memahami perjuangan kita,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Ahli Parlimen Alor Gajah hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah tiga calon PN bagi DUN Rembia, Zamzuri Arifin; DUN Machap Jaya, Tai Siong Jiul dan DUN Asahan, B. Dhanesh.

Beliau berpendapat, peluang PN untuk menang di ketiga-tiga kerusi tersebut adalah berdasarkan kepada populasi campuran pengundi di kawasan itu.

“Dahulunya kalau dilihat adalah kerusi campuran, saya tengok rakyat suka kepada penyandangnya dahulu tetapi oleh kerana beliau tidak bertanding dan dia begitu rapat dengan komuniti di situ, jadi saya yakin kita kena buat kerja kuat sikit dengan jentera tadi akan memberikan peluang kepada calon kita di ketiga-tiga kerusi ini,” ujarnya

Sementara itu, Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu turut menggesa agar Kementerian Kesihatan (KKM) agar melonggarkan Prosedur Operasi Standard semasa kempen PRN Melaka.

Menurut beliau, ia bagi menggalakkan pengundi merasakan momentum PRN dan membolehkan lebih ramai turun mengundi.

“Hari ini walaupun kita tidak menanda aras imuniti kelompok dan kita mahu semua rakyat mengambil suntikan vaksinisi tetapi kita tengok penurunan kes hari ini, saya sarankan sekiranya untuk menggalakkan ramai keluar mengundi kita longgarkan SOP.

“Contohnya kalau tidak boleh berhimpun, kita boleh buat ceramah beramai-ramai,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  27  =  32