PRN MELAKA: Suasana kempen berbeza, semangat tetap sama – Wan Saiful

 PRN MELAKA: Suasana kempen berbeza, semangat tetap sama – Wan Saiful

Datuk Wan Saiful Wan Jan

MELAKA 11 Nov — Suasana kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini amat berbeza dari pilihanraya lain sebelum ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata suasana berbeza kali ini adalah disebabkan standard operasi (SOP) yang dikenakan.

Namun begitu, semangat calon-calon Perikatan Nasional (PN) tetap utuh salam usaha mereka untuk terus menyampaikan mesej positif kepada rakyat.

“Kita teruskan usaha menyampaikan mesej positif kepada rakyat, menceritakan kejayaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita juga turut mengetengahkan tahap integriti serta rekod bersih semua calon yang ditampilkan PN,” katanya ketika dihubungi Wacana.my hari ini.

Beliau sempat berpesan agar pengundi negeri Melaka berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini melalui media sosial rasmi milik PN dan media arus perdana.

” Saya yakin jika rakyat mendapat maklumat yang tepat, PN bolehmenang di negeri Melaka,” katanya.

Wan Saiful berkata ketika ini terlalu banyak cerita dan fitnah yang disebarkan.

“Lebih baik rakyat mendapatkan berita dari sumber yang sah untuk mengelak diri ditipu mereka yang mempunyai agenda peribadi,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  2  =