PRN Melaka : Rakyat mahu kestabilan, perkhidmatan dan pengisian dalam pentadbiran – Mas Ermiyati

 PRN Melaka : Rakyat mahu kestabilan, perkhidmatan dan pengisian dalam pentadbiran – Mas Ermiyati

TANJUNG BIDARA, 12 Nov — Tidak gentar berdepan dengan calon ‘nama besar’  Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mas Ermiyati Samsudin yakin penuhi permintaan rakyat.

Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk Dun N03 Tanjung Bidara, Mas Ermiyati akui lawanya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh satu nama besar disini.

“Walau siapa pun lawan saya disini, fokus saya bukan kepada siapa beliau tetapi apa yang rakyat mahukan,” katanya.

Mas Ermiyati berkata rakyat negeri Melaka mahukan kestabilan, perkhidmatan dan pengisian dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya yakin Perikatan Nasional (PN) mempunyai rekod cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan kestabilan dalam pentadbiran setelah kepimpinan yang lalu gagal mempertahankan kerajaan mereka,” katanya.

Mas Ermiyati merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Ketua Menteri Melaka jika PN memenangi PRN Melaka kali ini.

Untuk rekod, Mas Ermiyati merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah sejak 2013.

Beliau menjadi sandaran calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, PRN Melaka akan datang.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  4  =