PRN Melaka: PN mahu wujudkan kawasan perindustrian untuk menarik minat pelabur luar negara.

 PRN Melaka: PN mahu wujudkan kawasan perindustrian untuk menarik minat pelabur luar negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dalam temubual bersama Awani.

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Perikatan Nasional (PN) mahu wujudkan kawasan perindustrian yang canggih, teratur untuk menarik minat pelabur luar negara.

Dalam satu temubual bersama Agenda Awani sebentar tadi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata PN menyedari potensi pembangunan pusat perindustrian di Melaka bagi menangani isu lambakan pusat industri di kawasan lain.

Tambah beliau, pelabur akan melihat samada sesuatu kawasan itu bersedia untuk pelabur dan selain itu faktor infrastruktur lengkap juga menjadi penanda aras untuk pelabur datang melabur di sesuatu tempat.

Sementara itu beliau yang juga calon PN bagi kerusi Dun Teluk Mas mengelak untuk menjawab ketika ditanya mengenai teka-teki siapa calon Ketua Menteri Melaka untuk PN.

Oleh itu, persoalan siapa calon Ketua Menteri Melaka untuk kem PN masih menjadi tanda tanya.

Mohd Rafiq bagaimanapun menjelaskan fokus beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang adalah memastikan kemenangan PN.

Untuk itu, Mohd Rafiq berkata penduduk Melaka khususnya di Dun Teluk Mas beliau mahu memastikan penduduk mendapat kemudahan infrstruktur disana.

“Memandangkan kebanyakkan penduduk di Dun Teluk Mas adalah darir golongan nelayan, isu seperti kekurangan jeti, tempat membasuh bot, dan kelengkapan berkaitan industri perikanan yang lain menjadi keutamaan,” katanya.

Selain itu Mohd Rafiq berkata bakal wakil rakyat disana perlu mengenalpasti sumber kewangan untuk membantu penduduk seperti bantuan-bantuan kerajaan berkaitan industri disana.

“Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan peluangdi kawasan tumpuan pelancong serta menaikkan tarikan pelancongan lain disini,” katanya.

Mogd Rafiq turut berkata antara isu lain yang mendapat perhatian beliau di Teluk Mas adalah masalah banjir yang semakin kerap berlaku dan masih tiada penyelesaian sejak beberapa tahun lamanya.

“Selain itu, isu pengurusan air dan kekurangan infrastruktur lain seperti masjid dan surau juga perlu diberi perhatian,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  6