PRN Melaka: PH pilih Adly calon Ketua Menteri

 PRN Melaka: PH pilih Adly calon Ketua Menteri

Adly Zahari calon Ketua Menteri Melaka sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Adly Zahari untuk sekali lagi memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama 22 bulan menerajui negeri Melaka, Adly mempunyai kriteria lengkap sebagai tokoh pemimpi.

Tambah Anwar,PH masih konsisten dalam pilihan Ketua Menteri adalah konsisten, demi mengembalikan mandat yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

“Kita telah menonjolkan satu tokoh yang telah mempimpin kerajaan PH, dan naratif kita itu konsisten, apa saja langkah untuk mengembalikan mandat Pakatan Harapan, harus kita dukung.

“Setelah dipersetujui PH Melaka, dan sesuai dengan amalan tradisi kita, mereka melakar pelan mereka yang mengusulkan beberapa program dan langkah khusus. Dan antara mereka cukup pengalaman di negeri ini untuk mentadbir, kita beri penghormatan kepada Adly untuk bentangkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan,” katanya hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, penetapan calon Ketua Menteri adalah perlu.

Selain itu Anwar menjangkakan sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), satu kekecohan besar akan berlaku dan akhirnya mengakibatkan ketidakstabilan pada Melaka.

Adly, yang juga Pengerusi PH Melaka dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan calon PH untuk kerusi DUN Bukit Katil.

Beliau pernah memenangi kerusi di tempat yang sama pada Pilihan Raya Umum 2018, dan mentadbir Melaka selama 22 bulan, sebelum Kerajaan Negeri bertukar pada Mac 2020.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  30  =  40