PRN Melaka : Mas Ermieyati janji usahakan yang terbaik

 PRN Melaka : Mas Ermieyati janji usahakan yang terbaik

TANJUNG BIDARA – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah diangkat sebagai calon ketua menteri yang bakal menjadi sejarah politik negara.

Justeru, beliau mengharapkan sokongan rakyat Melaka terutamanya pengundi wanita untuk memberikan sokongan kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

“Untuk akhir-akhir ini adalah untuk kita strategi macam mana kita nak keluarkan pengundi untuk esok (agar) semua keluar mengundi,” katanya ketika ditemu ramah oleh Wacana.

“Saya harap semua pengundi dapat keluar awal mengundi dan dapat berikan sokongan kepada saya sebagai calon dan InsyaAllah akan saya usahakan yang terbaik,” katanya.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  27  =  36