PRN Melaka: Manifesto BN fokus lima teras, 103 inisiatif

 PRN Melaka: Manifesto BN fokus lima teras, 103 inisiatif

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggariskan lima teras dan 103 inisiatif.

Manifesto yang bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran itu dilancarkan hari ini oleh Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dihadiri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga calon BN kawasan Lendu.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata manifesto itu adalah aku janji kepada rakyat Melaka dengan berpandukan kepada lima teras utama iaitu kestabilan politik; lonjakan ekonomi baharu; kecekapan tadbir urus; masyarakat bersatu padu serta pembangunan mampan dan perkongsian kemakmuran.

“Secara keseluruhan, lima teras ini merangkumi sebanyak 103 inisiatif yang bersifat inklusif untuk keluarga Melaka atas prinsip ‘No One Is Left Behind’ (Tiada Siapa pun yang akan tercicir’). Semua ini akan membawa kita kepada matlamat kestabilan demi kemakmuran,” katanya.

Beliau berkata manifesto parti BN merupakan aku janji yang realistik dan mampu siap dalam tempoh lima tahun akan datang selain tidak dirangka secara semberono, sebaliknya mengambil kira semua keperluan rakyat.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  10  =  15