PRN Melaka: Jika peratusan keluar mengundi kurang, DAP akui sukar untuk berjaya

 PRN Melaka: Jika peratusan keluar mengundi kurang, DAP akui sukar untuk berjaya

MELAKA, 13 Nov — DAP mengakui khuatir dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang dijangka kurang pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 Nov ini.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, sukar untuk pembangkang berjaya dalam pilihanraya yang diadakan ketika pandemik COVID-19 melanda.

“Saya sangat khuatir kerana pilihanraya yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 melanda seperti di Jordan dan Algeria, jumlah peratusan keluar mengundi sangat rendah, hanya sekitar 29-30%

“Jika berlaku di Malaysia susahlah untuk keadilan dan kebaikan negara yang diwakili oleh pembangkang berjaya,”katanya.

Kit Siang turut mengatakan bahawa PRN Melaka merupakan pilihanraya paling “sejuk” dalam sejarah kerana mendakwa pengundi tidak berminat untuk keluar mengundi.

“PRN Melaka sudah berjalan separuh jalan.

“Sangat jelas ini adalah pilihanraya paling sejuk dalam sejarah.

“Ramai pengundi-pengundi tak berapa minat untuk mengundi, ini menunjukkan peratusan keluar mengundi mungkin tidak akan tinggi,” katanya dalam sidang media DAP PRN Melaka hari ini

Pandangan Kit Siang itu turut disokong oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan faktor peratusan keluar mengundi menjadi faktor penentu kemenangan mereka.

“Samada menang atau kalah bergantung pada hanya satu faktor sahaja iaitu peratusan keluar mengundi.

“Kalau peratusan keluar undi tinggi, maka peluang kita menang tinggi.

“Ini menunjukkan rakyat Melaka keluar dan mereka akan pilih parti paling yang baik untuk tunaikan janji.

“Kalau peratusan keluar undi rendah, hanya penyokong-penyokong tegar parti akan keluar undi,” kata Lim Guan dalam sidang media yang sama hari ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

59  +    =  67