Priyanka buang nama Jonas di Twitter, rumah tangga berantakan?

 Priyanka buang nama Jonas di Twitter, rumah tangga berantakan?


Rumah tangga pasangan selebriti, Priyanka Chopra dan Nick Jonas dikhabarkan sedang dilanda badai dan didakwa bakal berpisah tidak lama lagi.

Tindakan aktres Bollywood itu memadam nama keluarga Jonas di akaun Twitter dan Instagram miliknya seperti menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Menerusi kenyataan kepada Hindustan Times, ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra menafikan khabar angin yang bertebaran itu dan meminta orang ramai untuk tidak terus menyebarkannya.

“Gosip yang timbul itu adalah sampah, saya berharap orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin,” katanya.

Tindakan Priyanka,39, meninggalkan komen mesra di akaun Instagram suaminya seakan-akan menepis gosip mengenai perkahwinan mereka. 

Nick, 29, berkongsi video melakukan senaman dan memperlihatkan otot serta tubuh badannya yang sasa.

“Saya mati dalam pelukan awak!” komen Priyanka diikuti emoji mata dan bentuk hati.

Terdahulu, Priyanka dan Nick melangsungkan majlis resepsi gilang gemilang di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India beberapa hari selepas berkahwin pada 3 Disember 2018.

Ia dihadiri oleh 225 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  +    =  41