PRESMA mohon lanjut waktu operasi

 PRESMA mohon lanjut waktu operasi

SUNGAI BULOH 14 JUN 2021.Sebuah restoran India Muslim 24 jam dilihat tutup bagi mengikuti waktu perniagaan bagi dari 8 pagi hingga ke 8 malam sahaja. WMY/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR 14 Jun – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) memohon agar kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran bagi melanjutkan waktu operasi perniagaan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.

Ia khusus untuk ahli persatuan yang mengusahakan lebih 12,000 restoran di seluruh negara.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan memberitahu, permohonan itu bagi membolehkan perniagaan mereka kembali pulih akibat pandemik COVID-19.

“Pada masa ini, Presma masih menunggu perkembangan mengenai moratorium automatik, subsidi sewa serta beberapa pengumuman lain yang berkaitan demi manfaat ahli.

“Kita juga akan merujuk isu lanjutan waktu operasi ini kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurutnya, peniaga tidak ada sebarang masalah dengan penjualan dan pembelian secara bungkus kerana ia adalah langkah perlu bagi menghalang jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, dengan waktu operasi yang dibenarkan sekarang, mengakibatkan pendapatan harian penguasahanya merosot 80 peratus, dan memberi masalah kepada pelanggan untuk membuat pesanan dalam tempoh operasi yang pendek.

Tempoh PKP penuh dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula esok sehingga 28 Jun depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas mengenai perkembangan harian COVID-19.

Supian Ahmad

supianahmad@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

38  −    =  28