• Sunday, 20 June 2021, 2:54 pm

Presiden Turki kutuk tindakan Biden lulus penjualan senjata kepada Israel

 Presiden Turki kutuk tindakan Biden lulus penjualan senjata kepada Israel
Presiden Turki Tayyip Erdogan

ANKARA, 18 Mei — Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengecam rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana meluluskan penjualan senjata kepada Israel, lapor Agensi Berita Xinhua.

Presiden AS “melakarkan sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden ini ketika Gaza diserang secara keterlaluan,” kata Erdogan pada sidang media yang mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin baru-baru ini.

“Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini,” tambahnya.

“Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman. Anda turut menyokongya,” kata Erdogan.

Pada awal pagi, kerajaan AS dilaporkan meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai US$735 juta kepada Israel.

 

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *