Presiden Haiti Jovenel Moïse mati dibunuh di kediamannya

 Presiden Haiti Jovenel Moïse mati dibunuh di kediamannya

PORT-AU-PRINCE, 8 Julai — Presiden Haiti, Jovenel Moïse telah mati dibunuh dalam sebuah serangan di kediaman peribadinya oleh beberapa orang yang tidak dikenali, menurut kenyataan Perdana Menteri sementara Claude Joseph.

“Kira-kira jam 1 pagi pada hari Rabu 7 Julai, sekumpulan orang yang tidak dikenali, termasuk beberapa orang yang berbahasa Sepanyol, menyerang kediaman peribadi presiden itu, lalu membunuhnya. Isteri beliau turut mengalami kecederaan akibat ditembak peluru dan kini berada di hospital untuk rawatan,” kata Joseph.

Jovenel Moïse ditembak mati di kediaman peribadinya.

Tambah Joseph, pembunuhan itu kini dalam siasatan pihak polis dan tentera.

Jovenel Moïse, 53, berkuasa sejak Februari 2017, setelah menggantikan, Michel Martelly yang mengundurkan diri secara rela.

Claude Joseph menggantikan Jovenel Moise sebagai Presiden sementara

Waktunya sebagai presiden sangat goyah apabila beliau dituduh mengambil rasuah selain dicabar oleh golongan protes anti-pemerintah yang bertambah ganas.

Selain krisis politik, penculikan untuk tebusan telah meningkat di Haiti sejak beberapa bulan terakhir, sekali gus membuktikan semakin kritikalnya pengaruh kumpulan bersenjata di negara Caribbean.

Haiti juga menghadapi kemiskinan kronik dan bencana alam yang berulang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *