Premis Judi: Keputusan muktamad, tak perlu datang bincang lagi – Sanusi

 Premis Judi: Keputusan muktamad, tak perlu datang bincang lagi  – Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR, 19 Nov — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusannya untuk menghentikan memperbaharui lesen premis bagi kedai nombor pertaruhan di negeri ini adalah muktamad.

“Muktamad (Ia adalah muktamad). Tidak perlu datang berbincang (perkara itu dengan kami) lagi,” kata Sanusi.

Beliau turut berkata, premis kedai nombor pertaruhan sedia ada perlu ditutup terlebih dahulu sebelum premis haram akan diambil tindakan selanjutnya.

Malah menurut Sanusi, beliau tidak gentar dengan sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil berkaitan keputusannya dalam isu lesen perjudian di Kedah.

“Saya buat kerja berdasarkan undang-undang, jika ada pihak yang rasa tindakan saya tutup premis judi langgar undang-undang, dia boleh teruskan dengan membawanya ke mahkamah.

“Semua tindakan yang diambil, adalah berdasarkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini,”katanya.

“Kelantan dan Terengganu pun buat perkara yang sama, tetapi tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada mereka sampai sekarang,” katanya ketika sidang media pada Khamis.


Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  −  49  =