• Monday, 21 June 2021, 3:37 am

Prasarana diminta beri jaminan insiden tidak berulang

 Prasarana diminta beri jaminan insiden tidak berulang

Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mahu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) beri jaminan kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran KLCC malam tadi, tidak berulang.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Wan Saiful berkata, arahan serta-merta yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri supaya Kementerian Pengangkutan dan Prasarana melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca kemalangan itu mesti dipandang serius oleh semua pihak.

“Pengumuman segera oleh YB Menteri Pengangkutan bahawa satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan adalah langkah yang tepat,” katanya.

Wan Saiful yang turut bersimpati dengan kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 malam semalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa kemalangan tersebut.

“Saya doakan agar usaha menyelamat dan merawat berjalan lancar. Semoga Allah mempermudahkan urusan semua mangsa yang cedera,” katanya.

Tambah Wan Saiful, tanggungjawab memastikan keselamatan penumpang adalah satu tanggungjawab yang amat penting pihak penyedia perkhidmatan pengangkutan awam.

“Sudah pasti segala langkah yang perlu akan dilaksanakan untuk memastikan punca kemalangan dikenal pasti,” katanya.

Beliau berharap tidak ada pihak yang menimbulkan sebarang spekulasi sepanjang siasatan dijalankan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *