PPV UIAM Kuantan terima 80 peratus warga emas

 PPV UIAM Kuantan terima 80 peratus warga emas

Golongan warga emas menaiki kereta bugi bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

KUANTAN, 20 Jul – Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima lebih 80 peratus warga emas pada hari pertama sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan, di sini, semalam.

Ketua Penyelarasnya, Prof Madya Dr Razman Mohd Rus berkata, warga emas paling tua datang bagi mendapatkan vaksin COVID-19 berusia 97 tahun yang datang ditemani ahli keluarga.

Menurutnya, ramai juga dalam kalangan warga emas yang mengalami masalah kesihatan termasuk tidak dapat berjalan, kerusi roda terpaksa digunakan untuk membawa mereka ke dewan pemberian vaksin.

“Untuk membantu melancarkan lagi proses vaksinasi kami menyediakan sebanyak 40 kerusi roda untuk digunakan warga emas yang mengalami masalan untuk berjalan.

“Kita turut menyediakan dua unit kereta bugi (buggy) bagi mengambil dan menghantar warga emas ke kawasan meletakan kenderaan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, proses pemberian vaksin berjalan lancar apabila mendapat kerjasama yang baik daripada penerima vaksinasi termasuk pengiring terdiri daripada ahli keluarga yang turut sama membantu.

Dr Razman berkata, pihaknya menggunakan pelbagai kemudahan dalam memastikan proses pemberian vaksin COVID-19 dapat berjalan lancar seterusnya memberi keselesaaan kepada individu terbabit.

Katanya, seramai 1,381 yang disenaraikan namun hanya 802 sahaja yang hadir pada Isnin di mana setiap hari kira-kira 1,000 individu akan menerima vaksin seperti  ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Kita mempunyai seramai 184 petugas kesihatan dan bukan kesihatan, turut terbabit seramai 136 sukarelawan terdiri daripada penuntut UIAM kampus Kuantan.

“Rata-rata mereka yang ditemui berpuas hati dengan kelancaran proses pemberian vaksin, kerjasama yang diberikan urusetia termasuk sukarelawan menjadi kelebihan,” katanya yang sentiasa memantau program berkenaan.

Tinjauan mendapati rata-rata penerima vaksin berpuas hati proses pemberian vaksin yang berjalan lancar dan selesa. Dewan yang luas dan berhawa dingin menambahkan keselesaan.

Mohd Fikri Mie

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *