PPV pandu lalu mesra OKU, warga emas bakal dibuka

 PPV pandu lalu mesra OKU, warga emas bakal dibuka

Senator Datuk Ras Adiba Radzi

JOHOR BAHRU, 18 Ogos — Persatuan orang kurang upaya (OKU) Sentral akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Pusat Akuatik Arena Larkin MBJB dalam masa terdekat.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, ini adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi, iaitu OKU dan warga emas mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Untuk makluman, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negeri Johor.

“Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada tiga orang penjaga/ahli keluarga OKU. Mohon mengisi maklumat OKU dan tiga orang penjaga/ahli keluarga OKU dengan lengkap.

“Pendaftaran dibuka hingga 25 Ogos 2021 jam 11.30 malam menerusi pautan https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6,” katanya.

Ras Adiba berkata, pemohon perlu mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul terutamanya bahagian nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pengenalan MySejahtera bagi memudahkan proses pemberian janji temu.

Permohonan hanya perlu dibuat sekali sahaja bagi keseluruhan permohonan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +    =  8