• Monday, 21 June 2021, 2:34 am

PPV MITEC mula beroperasi secara skala besar pada 7 Jun

 PPV MITEC mula beroperasi secara skala besar pada 7 Jun

foto oleh Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan beroperasi secara skala besar dengan kapasiti sehingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun.

Penyelaras PPV MITEC Dr Nor Maizura Haron berkata penambahan kapasiti bagi pemberian vaksin itu bergantung kepada kapasiti petugas dan bekalan vaksin yang bakal diterima.

“Dengan penambahan kapasiti 6,000¬†hingga 8,000¬†(penerima vaksin), kita memerlukan 300 hingga 500 petugas secara keseluruhan.

“Dalam minggu ini, kita akan menerima lebih ramai petugas sukarelawan dan dengan jangkaan bekalan vaksin yang akan diterima, kita akan mula (beroperasi dengan skala besar) pada 7 Jun,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di PPV MITEC di sini, yang mula beroperasi¬†hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, seramai 85 orang petugas Kementerian Kesihatan bertugas di PPV itu yang mempunyai jumlah keseluruhan petugas seramai 250 orang.

Dr Nor Maizura berkata kapasiti semasa untuk penerima vaksin di PPV yang beroperasi 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat itu adalah 2,400 sehingga 2,800 sehari.

Beliau berkata jumlah tersebut termasuk 30 hingga 50 jemaah haji berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera serta disenaraikan Tabung Haji.

“Kita juga menjangkakan penambahan jumlah penerima vaksin dalam¬†kalangan jemaah haji dengan peningkatan kapasiti (pemberian vaksin) di sini,” katanya.

Proses suntikan vaksin di PPV MITEC dikendalikan oleh petugas Jabatan Kesihatan Titiwangsa dan Jabatan Kesihatan Manjalara susulan penutupan PPV Dewan Komuniti Manjalara dan PPV Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata jangkaan keseluruhan proses menerima vaksin bagi individu yang bermula dengan sesi saringan MySejahtera sehingga pemantauan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) di PPV itu adalah kurang daripada satu jam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Operasi MITEC Mala Dorasamy berkata pihaknya bersedia dan akan bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan bagi persiapan menjelang 7 Jun ini.

“Kita akan membuka lagi dewan untuk menambah kapasiti dan sekarang hanya dua dewan pelbagai fungsi yang beroperasi.

“Bagi pengunjung yang mengalami masalah fizikal dari segi pergerakan, MITEC menyatakan pihaknya akan menyediakan kemudahan seperti kerusi roda,” katanya.

Pendaftaran untuk vaksinasi boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera atau melayari https://www.vaksincovid.gov.my/en/ atau menghubungi 1800-888-828 untuk mendaftar.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *