PPV Mega Bukit Jalil paling besar

 PPV Mega Bukit Jalil paling besar

KUALA LUMPUR 21 JUN 2021. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, meninjau operasi hari pertama Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). WMY/IQRAM AHMAD

BUKIT JALIL, 21 Jun – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin hari ini meninjau operasi hari pertama PPV Mega Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ), khusus kepada golongan bawah 60 tahun yang tinggal di Lembah Klang.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) turut berkata bahawa PPV SNBJ adalah antara yang terbesar termasuk PPV KLCC, The Mines, dan PWTC.

“Pada hari pertama ini, sebanyak 3,000 suntikan vaksin akan diberikan kepada mereka yang berdaftar awal. Kita mulakan dengan bilangan kecil terlebih dahulu agar dapat menyelesaikan masalah kecil yang timbul.

KUALA LUMPUR 21 JUN 2021. Operasi hari pertama Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). WMY/IQRAM AHMAD

“Kapasiti penuh bagi suntikan di PPV SNBJ adalah 10,000 dos vaksin sehari. Jumlah ini akan dicapai selepas segala masalah-masalah kecil yang timbul ini dapat diselesaikan,” katanya kepada media.

Katanya, antara masalah kecil yang timbul adalah termasuk mereka yang tidak dapat hadir ke temu janji vaksin atas alasan yang munasabah dan akan diberi peluang untuk menetapkan semula temu janji itu.

Selain itu, Khairy juga menyeru agar Kesatuan Eropah (EU) dan China berganding bahu serta kerjasama dalam polisi pasport vaksin agar memudahkan semua pihak.

“Buat masa ini, EU hanya membenarkan mereka yang disuntik vaksin Pfizer dan AstraZaneca atau buatannya sahaja memasuki Eropah manakala China hanya membenarkan kemasukan yang disuntik vaksin buatannya.

KUALA LUMPUR 21 JUN 2021. Operasi hari pertama Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). WMY/IQRAM AHMAD

“Jika vaksin yang digunakan telah mendapat kelulusan Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), maka semua negara patut akur dan memberi kebenaran untuk memasuki negara mererka” kata Khairy.

Tambah beliau, jika ianya tidak dilakukan maka akan wujud diskriminasi terhadap vaksin sekali gus melambatkan kemenangan melawan wabak COVID-19.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan situasi vaksinasi kepada golongan pelarian yang berada di Malaysia.

“Bagi golongan pelarian, ianya lebih mudah untuk memberikan mereka vaksin yang hanya mempunyai satu dos seperti Cansino kerana komuniti pelarian di dalam negara ini lebih rumit berbanding komuniti rakyat,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

42  +    =  48