PPV Alor Gajah dibuka hari ini

 PPV Alor Gajah dibuka hari ini

ALOR GAJAH: Bagi memudahkan proses pemberian suntikan vaksin, satu insiatif telah diambil oleh pihak kerajaan negeri Melaka dengan membuka satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV)bertempat di Dewan Universiti Teknologi Mara (UITM) Alor Gajah, disini, hari ini.

Menerusi inisiatif itu rakyat negeri Melaka sekitar Alor Gajah boleh menerima suntikan vaksin walk in, tetapi perlu dapatkan temu janji terlebih dahulu.

Tujuan utama PPV ini mengadakan temujanji adalah bagi mengurangkan masa menunggu, dan petugas boleh menyediakan peralatan serta dokumen lengkap sebelum menerima kehadiran orang ramai  

Selain itu juga, ia dapat mengurangkan kesesakkan serta mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit.

Hasil tinjauan mendapati, meskipun baru dibuka pada hari pertama tetapi orang ramai sudah mulai hadir untuk menerima suntikan vaksin di PPV dewan UITM Alor Gajah.

Selain itu juga, bagi yang belum mendapatkan dos ketiga, boleh berhubung menerusi bilik gerakan vaksin Negeri Melaka untuk temujanji terlebih dahulu iaitu, 06-235 6876 dan 06-293 0164.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  6  =