PPR Sri Pahang bakal dinaik taraf

 PPR Sri Pahang bakal dinaik taraf

KUALA LUMPUR : Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pahang, Lembah Pantai bakal dinaik taraf bagi keselesaan dan kemudahan rakyat di kawasan terbabit.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim merancang untuk meneruskan pelan yang tertangguh sebelum ini dan mempercepatkan proses penjenamaan semula status PPR berkenaan.

Beliau berkata, proses naik taraf ini akan menyaksikan perubahan saiz unit kediaman PPR dan pertambahan fasiliti di persekitarannya.

“Selepas beberapa tahun penduduk menduduki PPR Sri Pahang, mereka belum melihat transformasi tempat ini.

“Malah, perkara ini juga sudah dijanjikan sebelum ini tetapi belum dilaksanakan. Oleh itu, saya berharap dapat mempercepatkan pembangunan ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkongsi kepada pemberita mengenai lawatannya ke projek pembangunan sekitar ibu kota sekitar tengahari tadi.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  5  =  7