PPIM serah sumbangan petugas barisan hadapan

 PPIM serah sumbangan petugas barisan hadapan

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketika mana negara berdepan pandemik COVID-19, banyak pihak yang terkesan dari segi ekonomi mahupun kesihatan.

Pada tempoh sukar ini, kita dapat melihat perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak putus memberi sokongan dan membantu mereka yang memerlukan mahupun petugas barisan hadapan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyampaikan bantuan kepada petugas barisan hadapan.

“Kami amat menghargai tugas dan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan dan kemakmuran negara,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Justeru, beliau berharap ramai lagi individu dan badan korporat akan tampil memberi sokongan kepada barisan hadapan negara.

“Saya turut mendoakan petugas barisan hadapan ini terus diberikan kekuatan, kesihatan serta kesabaran dalam menjalankan tugas, hanya Allah dapat membalas jasa mereka,” katanya.

PPIM menyerahkan bekalan makanan untuk petugas di beberapa sekatan jalan raya sekitar ibu negara.

Antaranya  di Jalan Kuching, Bangsar, Pantai Dalam, Jalan Duta, Selayang dan di Ibu Pejabat Pokis Daerah Dang Wangi.

Program ini hasil kerjasama antara Asnaf Business Centre,  Gardenia dan PPIM.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  2  =