PPIM gesa kerajaan semak semula status vaksin dan PCR

 PPIM gesa kerajaan semak semula status vaksin dan PCR

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), meminta agar pihak kerajaan untuk mengkaji semula terhadap penggunaan ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR), serta status vaksin dalam masa terdekat.

Ini kerana tempoh penggunaan EUA ujian PCR yang dilaporkan sudah tidak sah.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ Toqqi telah merujuk kepada kenyataan 21 Julai 2021 mengenai status Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengumumkan bahawa statusnya selepas 31 Disember 2021 yang sudah ditarik semula.

Menurutnya, CDC menarik balik permintaan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat untuk kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) CDC 2019-Novel Coronavirus (2019- nCoV) Real-Time RT-PCR Diagnostic Panel.

Ujian PCR ini mula diperkenalkan pada Februari 2020 untuk pengesanan SARS-CoV2 sahaja.

Saliva test, gambar hiasan

Melihat perkara berkenaan, PPIM memandang serius kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memilih untuk terus menggunakan ujian PCR untuk pengesanan virus Corona walaupun pihak CDC telah memilih untuk menarik balik kebenaran tersebut pada 31 Disember 2021.

Difahamkan juga, pencipta RT-PCR itu sendiri dilaporkan telah menasihatkan agar tidak menggunakan Ujian PCR untuk tujuan sedemikian.

PCR test,

Kemungkinan kit ujian tersebut memberikan keputusan positif palsu amat membimbangkan dan akhirnya, mangsa akan ditempatkan dalam kuarantin dan menderita sia-sia akibat salah diagnosis ini.

PPIM sedia maklum akan keadaan yang bakal di hadapi oleh orang ramai jika penggunaan Ujian PCR masih berterusan, justeru itu, meminta maklum balas rasmi daripada pihak KKM terhadap pendirian mengenai perkara ini dan jika ianya tidak mematuhi CDC Amerika Syarikat, haruslah di terangkan sebab-sebabnya agar tidak menimbulkan sebarang komplikasi kemudian hari.

Berkenaan dengan semakan semula status vaksin yang berkuatkuasa Februari 2022 yang telah di umumkan oleh KKM, status kohort tertentu dalam masyarakat tidak akan diiktiraf selepas Februari 2022 dan juga peraturan sekatan tertentu akan diguna pakai.

PPIM juga menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan semakan semula status vaksin berkuatkuasa Februari 2022 serta menetapkan semula satu tarikh muktamad bagi perkara ini.

Menurut Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, dia mengharapkan maklum balas dengan kadar segera daripada pihak KKM demi menjaga kepentingan rakyat khususnya yang ingin menyambut perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

“Pihak kami mahukan maklum balas segera dari KKM, ia adalah demi kepentingan rakyat, di mana seperti yang kita sedia maklum perayaan Tahun Baru Cina akan disambut tidak lama lagi. Sempena tempoh percutian ini aktiviti pergerakkan serta fenomena balik kampung akan dijangka berlaku.

“Tindakkan KKM amat di nanti-nantikan oleh rakyat bagi rakyat mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat sebelum melakukan sebarang perancangan dan juga ianya dapat meminimumkan kesulitan rakyat,” ujarnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

23  +    =  25