PPIM bantah lanjutan tarikh luput vaksin

 PPIM bantah lanjutan tarikh luput vaksin

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah jangka hayat vaksin Covid-19 yang bakal tamat tempoh tidak lama lagi.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, apakah kita yakin keputusan melanjutkan sehingga enam bulan bagi vaksin jenis Pfizer dan Sinovac tidak mendedahkan sebarang risiko kepada para pengguna?

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan

“Sudahlah kita meragui status vaksin terhadap keberkesanannya dalam menjamin kesihatan manusia dan kini, kita tiba-tiba dibebankan dengan vaksin-vaksin yang tamat jangka hayatnya.

“Para pembekal vaksin sepatutnya memikul tanggungjawab termasuk menyerap kos berkaitan sekiranya ada vaksin yang telah luput tarikh.

Kalau dalam peraturan makanan pun kita amat peka dengan tarikh luput, apatah lagi dengan bekalan vaksin yang kita tidak maklum akan tindak balasnya kerana kita tidak mempunyai apa-apa rujukan lagi tentang kesan-kesannya.

“Oleh yang demikian, kami merasakan tidak ada seorang pun pengguna berhak menerima bekalan vaksin yang telah tamat tempoh.

Sudah menjadi amalan dalam dunia perniagaan bahawa jika ubat-ubatan yang telah luput tarikhnya dilarang keras untuk dijual kepada orang ramai. Vaksin telah tamat tempoh merupakan satu kesilapan Dasar dan Perancangan KKM.

“Apabila melibatkan keselamatan dan kesihatan ianya perlu dikaji sepenuhnya dengan bukti dan tidak dengan mudah memberi kebenaran berdasarkan kelulusan oleh “Badan Berkuasa Antarabangsa” yang dilaporkan ada menyebabkan kecacatan dan kecederaan.

“Ini merupakan satu kerugian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan itu sendiri dan kerugian akibat vaksin tidak digunakan tidak boleh diserap melalui penambahan atau pelanjutan tempoh hayat sesuatu vaksin,” kata Nadzim.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *