Poster Boy’, wajah pemimpin pilihan rakyat

 Poster Boy’, wajah pemimpin pilihan rakyat

Isu pemilihan calon bagi ‘Poster boy’ menjelang Pilihan Raya bukan perkara kecil, pemilihan perlu dibuat secara hati-hati, analisis dan kreatif.

Pentingnya Poster Boy kerana ia memainkan peranan penting sebagai daya penarik untuk sesuatu perjuangan, matlamat dan mewakili sesuatu organisasi. 

Lazimnya, apabila bercakap mengenai Poster Boy, pasti menggunakan figura yang kurang kontroversi, dan nampak bersih, tidak hipokrit serta disenangi banyak pihak.

Umum sudah mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) dibubarkan pada Sabtu lalu a wee

Bagaimanapun, siapa Poster Boy belum diumumkan lagi.

Imbas kembali pemilihan wajah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin b ‘Poster Boy’ mewakili Perikatan Nasional (PN)  ketika PRN Melaka tahun lalu dikatakan satu keputusan yang salah.

Pemilihan Muhyiddin yang lebih mesra rakyat dengan panggilan ‘Abah’, dikatakan boleh ‘memancing undi’ rakyat namun ia dijadikan senjata pihak bertentangan PN ketika itu.

BN pula menjadikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai ‘Poster Boy’ menjelang PRN Melaka.

Menerusi konteks UMNO, gelaran ‘Poster Boy’ itu seharusnya disandang oleh pemimpin yang mewakili parti secara keseluruhan tanpa dipertikai. 

Secara rangkuman, wajah itu memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih serta memberi sokongan kepada parti. 

Banyak suara UMNO memilih Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai wajah ‘poster boy’.

Namun ada juga yang mahukan Ahmad Zahid Hamidi tetapi belum menyuarakan hasrat itu secara terbuka. 

Namun, cogan kata yang dipilih turut memainkan peranan. Penggunaan ayat seperti “Melaka Sayang Abah” turut dikatakan sebagai punca kekalahan yang mana perlu ditukar kepada “Abah Sayang Melaka”.

Justeru itu, Perikatan Nasional hanya menang dua kerusi daripada keseluruhan yang mereka tandingi di Melaka. Namun, mereka mengkaji punca kekalahan sehingga ke akar umbi agar tidak mengulangi kejadian yang sama. 

Ini membuktikan isu ‘poster boy’ bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana wajah yang dipilih perlu mempunyai kriteria seperti berkebolehan, berpelajaran dan berwibawa serta berimej nasional.

Pada Disember lalu, UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul menjadikan gambar Ismail sebagai ‘Poster Boy’ untuk parti itu dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan sebulat suara itu dicapai kerana diyakini mampu menarik orang ramai untuk mengundi BN dan UMNO. 

Beliau juga dilihat menjalankan tugas dengan baik dan faktor tersebut diyakini dapat menarik lebih ramai orang untuk mengundi UMNO dan BN.

Berbanding tiga figura mantan Perdana Menteri personaliti, Ismail Sabri agak sukar untuk menonjolkan dirinya kerana dibayangi mereka yang secara aktif mengkritik, menyokong atau melontarkan idea.

Namun, sebenarnya Ismail Sabri telah pun mula menunjukkan cara kepimpinannya tersendiri. Beliau enggan tunduk kepada desakan yang sukar dipenuhi. 

Ismail Sabri juga enggan campur tangan untuk menyelamatkan pihak tertentu sebaliknya mempercayai kedaulatan undang-undang. 

Tindakan Ismail Sabri semakin berani mempercepatkan pembaharuan institusi akan memberi manfaat kepada negara tanpa mengira ideologi politik.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  7