Positif COVID-19, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital

 Positif COVID-19, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital

PETALING JAYA : Penyanyi, Harris Alif menjelaskan isterinya, Intan Ladyana yang sedang hamil cahaya mata sulung dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19, semalam.

Harris ,22, atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, Intan tidak boleh menjalani proses kuarantin di rumah ekoran keadaannya yang berisiko.

“Alhamdulillah, semuanya okay. Intan kena pergi hospital sebab dia hamil.

“Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama di rumah,” katanya.

Harris juga pelakon berkata, dia turut disahkan positif dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Ya, saya pun positif. Sekarang kuarantin di rumah saja. Intan tahu dirinya positif pun semalam. Itu yang terus dibawa ke hospital.

“Doakan kami dalam keadaan baik dan segera sembuh. Terima kasih juga atas doanya,” katanya.

Terdahulu Harris dan Intan bernikah pada 5 Februari lalu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =