Polis tubuh USJKT, siasat kematian dalam tahanan – Hamzah

 Polis tubuh USJKT, siasat kematian dalam tahanan – Hamzah

Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT), bagi menyiasat kes kematian di dalam tahanan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penubuhan unit baharu itu adalah sebagai keprihatinan PDRM terhadap segala rungutan yang sering diluahkan rakyat mengenai isu berkenaan.

“Kiranya akan mula operasi bermula 1 Januari 2022 dan mulai tarikh berkenaan, semua kes matian dalam tahanan polis akan disiasat oleh USJKT Bukit Aman, bukan lagi melibatkan balai yang terlibat dalam kematian tahanan.

“Tujuannya adalah untuk lebih prihatin terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat maka bila kita setuju untuk laksanakan penubuhan USJKT ia akan meningkatkan lagi imej dan integriti polis.

Hamzah dalam masa sama menegaskan kes kematian di dalam tahanan lokap sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Tambahnya lagi, unit berkenaan akan terdiri daripada 13 anggota polis yang diketuai pegawai berpangkat Superintenden serta seorang pegawai awam yang akan meneliti kes berkenaan sama ada wujud kes kecuaian, unsur jenayah dan sebagainya secara telus.

Dalam pada itu, 11 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dinaik taraf sebagai balai polis bagi memudahkan rakyat kawasan pendalaman berurusan dengan pihak berkuasa. Untuk tujuan itu, sembilan pos kawalan PGA di Sabah dan dua di Sarawak dikenal pasti untuk tujuan itu.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *