Polis tahan suspek kes lakukan amang seksual keatas kanak-kanak

 Polis tahan suspek kes lakukan amang seksual keatas kanak-kanak

PETALING JAYA, 24 Jun —  Polis berjaya menahan seorang suspek dipercayai terlibat kes melakukan kelucahan melampau ke atas  dua kanak-kanak lelaki di sebuah pangsapuri di seksyen 19 disini Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihak polis daerah Petaling Jaya telah menerima laporan seorang wanita berumur 40 tahun yang mendakwa dua orang anak lelakinya dicabul ketika menaiki tangga di pangsapuri berkenaan.

“Kanak-kanak berkenaan berada di sana untuk menjual kuih dikawasan kediaman mereka,” katanya.

Mengikut laporan polis yang diterima,  kanak-kanak tersebut didatangi suspek berumur lingkuan 20an, yang telah menarik tangan mangsa dan melakukan kelucahan melampau terhadap kedua-dua mangsa.

“Sejurus kemudian kedua-dua mangsa berlari pulang dalam ketakutan dan menangis.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

34  −  32  =