• Sunday, 20 June 2021, 3:06 pm

Polis siasat sambutan raya beramai-ramai di Telok Gong

 Polis siasat sambutan raya beramai-ramai di Telok Gong

Video sambutan raya beramai-ramai yang tular baru-baru ini

SHAH ALAM, 18 Mei — Polis sedang menyiasat dakwaan kejadian pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang, berdasarkan satu klip video yang tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata rakaman video itu yang tular dua hari lepas, memaparkan sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan beramai-ramai di dalam rumah terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *