Polis siasat kediaman ahli politik disimbah cat merah

 Polis siasat kediaman ahli politik disimbah cat merah

Kereta ahli politik tersebut turut disimbah cat merah.

KULAI, 8 Okt — Kediaman Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam sebuah parti politik di Jalan Sri Putri 1/8, Taman Putri Kulai, di sini disimbah dengan cat merah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku jam 11.15 malam.

“Antara yang disimbah dengan cat merah termasuklah dua buah kereta dan pagar kediaman berkenaan.Turut ditinggalkan sekeping nota ugutan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, sebuah pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam perbuatan tersebut.

Nota ugutan yang diterima seorang ahli politik selepas kediamannya disimbah cat merah, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada 23 September lalu, mangsa memaklumkan pihaknya menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali selepas mengadakan sidang media berkaitan seorang wanita yang menjadi mangsa sindiket ceti haram atau ah long.

Ugutan tersebut dibuat menerusi panggilan telefon kepada bapanya yang berusia 58 tahun.

“Dalam panggilan itu, individu berkenaan mengatakan kepada bapa saya untuk saya tidak sibuk membantu orang, atau jika tidak mereka akan membakar rumah kami.

“Saya menganggap tindakan pihak berkenaan membuat ugutan sebagai satu cabaran, bukan kepada saya seorang tetapi kepada parti saya juga.

“Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam parti diwujudkan untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi mangsa perbuatan jenayah, termasuk ugutan sindiket ah long,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *