Polis Shah Alam tahan 6 lelaki, 1 perempuan disyaki terlibat kes dadah

 Polis Shah Alam tahan 6 lelaki, 1 perempuan disyaki terlibat kes dadah

SHAH ALAM, 22 Jun – Anggota dari Balai Polis Seksyen 6 yang diketuai oleh Insp Mohamad Sabri (Ketua Polis Balai Seksyen 6) telah membuat pemeriksaan terhadap 6 orang lelaki dan 1 orang perempuan di Pangsapuri I-Soho, I-City Seksyen 7 Shah Alam.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki dadah disyaki jenis syabu anggaran berat 4.42gram dan dadah jenis pil kuda 7 bili anggaran berat 0.72gram.

Kesemua suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19  −    =  11